DWAYNE “The Rock” Johnson berkata dia tidak akan kembali bergusti biarpun satu perlawanan buat WWE - namun dia berminat untuk untuk kembali bagi edisi istimewa Raw.
Johnson meninggalkan WWE pada 2004 untuk meneruskan karier berlakon di Hollywood tetapi peminat gusti berkali-kali memintanya untuk kembali bertarung.
Kecuali menyenaraikan bapa dan datuknya ke dalam Dewan Kemasyhuran, Johnson menjauhkan diri daripada dunia gusti.
Ia membuatkan peminat dan beberapa penggusti, termasuk John Cena, tidak berpuas hati.
Dalam halaman Facebook, The Rock menjelaskan mengenai pemergiannya dan persoalan sama ada dia akan membuat kemunculan semula.
Katanya: “Saya meninggalkan WWE kerana saya berjaya dalam mencapai setiap sasaran yang saya tetapkan.
“Adakah saya akan kembali ke WWE? Sudah tentu saya akan kembali. Namun bukannya satu perlawanan tapi dalam kapasiti yang membenarkan saya melakukannya.
“Saya sayangkan syarikat itu dan peminatnya. Tanpa kedua-duanya saya tidak akan berada di mana saya berada hari ini.
“Vince dan saya kekal berhubung dengan rapat dan apabila peluangnya tiba - yang mungkin lebih cepat daripada apa yang anda fikirkan - kami akan melakukan sesuatu yang hebat dan bersejarah buat peminat.
“Beliau dan saya tampil dengan idea mengenai satu rancangan istimewa dipanggil Rock Raw.
Johnson berkata: “Adalah penting buat saya untuk menyatakan perkara ini - kepada peminat setia “The Rock’s Millions and Millions” dan keseluruhan WWE Universe.
“Saya selama-lamanya merendah diri dan bersyukur kepada anda kerana memberikan saya penghormatan untuk menghiburkan anda bertahun-tahun lamanya.
“Anda pegang kata-kata saya ini, saya akan terus menghiburkan anda dengan cara saya sendiri. Ia hanya satu permulaan.
“Saya bercita-cita besar dan kami mencapai impian itu bersama kerana anda tidak pernah menyingkirkan saya. Saya sayangkan anda kerana itu dan terima kasih.
“Saya Dwayne Johnson... dan saya akan kekal selama-lamanya sebagai The Rock.”
Saturday, February 5, 2011
Rock tak minat kembali bergusti
Posted by LutfiAmin™ at 5:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Kuala Lumpur Time
0 comments:
Post a Comment